Sunday, 10 April 2016

INTRO STERO


STERO adalah singkatan dari perkataan (S) SAINS (TE) TEKNOLOGI (RO) ROHANI atau lengkapnya GAGASAN SAINS DAN TEKNOLOGI ROHANI yg mana kewujudannya sebagai wadah bagi KAJIAN & PENYELIDIKAN (R&D) berhubung dimensi PARAPSYCHOLOGY & METAPHYSICAL SCIENCES. Ia berperanan mengaktivasikan aplikasi DAYA CIPTA melalui TELEMEDIA sebagai proses Transfer & Asimilasi kekuatan SUPRANATURAL kepada subjek secara gemblengan PHYSICAL (zahir) & SPIRITUAL (batin). Intipati FORMULA dari gemblengan SPI-TECH LABORATORIUM tersebut adalah penghasilan KARYA yg dapat di manfaatkan kebaikan & kelebihannya secara maksima kepada seluruh umat manusia melampaui batasan Agama, Bangsa & Negara. 

Dari segi lafaz STERO berbunyi STILL RULES iaitu “MASIH DALAM PERATURAN” atau secara tepatnya “TERTAKLUK DI DALAM ATURAN ILAHI.” Ia secara tidak langsung memberikan kedalaman maksud bahawa segala FENOMENA PARANORMAL dalam apapun bentuk tetap berada di dalam batas kewajaran yg dikenali sebagai ketentuan HUKUM ALAM (SUNNATULLAH). Maka setiap SUNNATULLAH sudah pasti tertakluk kepada QUDRAT & IRADAT SANG PENCIPTA YANG MAHA ESA. Kerana itulah Falsafah Sufistik menyifatkan : "TIDAK ROSAK KOTA TAKDIR DENGAN TADBIR.." dalam pengertian apapun bentuk usaha & ikhtiar seseorang hamba adalah KONEKSI ILAHI iaitu sesuatu hubungan yg sudah ada sebelumnya dalam ILMULLAH. Hanya saja manifestasi tersebut sebagai Syari'at yg menzahirkan BUKTI terhadap pengaruh Kekuasaan ALLAH terhadap setiap perilaku hamba-hambaNYA.

Demikian maksud KARYA dalam kamus STERO adalah perpaduan dari bentuk IKHTIAR & USAHA sekaligus menepati Firman ALLAH SAW:
“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka,” (QS. Ar Raad : 11).

Konsep STERO ini sebenarnya tidak ada bezanya sama sekali dalam memberikan perbandingan terhadap teori & aplikasi Teknologi Material yg berkembang pesat hari ini dari dukungan Para Saintis. Namun struktur dari segi perkembangan STERO yg di dukung Para Hukama' saintifikasi kewujudannya jauh lebih awal & mengalami transformasi Infiniti dalam prinsip ILMULLAH. Kenyataannya jutaan tahun sebelum kewujudan pesawat yg mampu menerbangkan manusia ke pelusuk dunia, Manusia Awal Sejarah sudahpun menguasai STERO di mana dengan Kekuatan Jati Dirinya ia mampu untuk terbang ke mana-mana destinasi sekalipun tanpa batas, malah melepasi angkasaraya dengan sayap Hikmah yg diolah dayanya dari Makmal Kebatinan. 

Maka kerana itulah dapat di simpulkan bahawa Dimensi STERO jauh telah mendahului Teknologi Material yg ada sekarang malah kekuatannya tidak pernah berhenti berkembang seiring perjalanan waktu malah kerana Wibawa Hikmah dari STERO, ia telah mempengaruhi sepenuhnya projek pembangunan & perkembangan Teknologi Material.

CINCIN AL-JABBAR (KHOTAM SULAIMAN AS)

Sesiapa yang membawa CINCIN AL-JABBAR (KHOTAM SULAIMAN AS) sebagai WASILAH, maka dengan RAHMAT ALLAH ia akan sentiasa berada dalam JAMINAN ALLAH sebagaimana terpeliharanya kerajaan NABIYULLAH SULAIMAN AS.

CINCIN AL-JABBAR (KHOTAM SULAIMAN AS) diperbuat daripada STAINLESS STEEL dan ia mengandungi WAFAQ NABI SULAIMAN AS yang merupakan simbol Ghaib terhadap kebesaran kerajaannya sehingga seluruh manusia, jin, haiwan serta seluruh makhluk takluk di bawah kekuasaannya. Apalagi dengan gabungan ASMA' AL-JABBAR, ia telah melipat-gandakan energi yang terpahat di dalamnya. CINCIN AL-JABBAR (KHOTAM SULAIMAN AS) ini berbentuk FREE SIZE di mana ia dapat diselaraskan sesuai saiz jari pemilik.

KHASIATNYA dengan IZIN ALLAH:
1) Kewibawaan / Kharisma / Daya Pengaruh.
2) Pengasihan Umum / Mahabbah.
3) Pendinding Diri dari segala kejahatan makhluk zahir & batin.
4) Daya Kerezekian.
5) Pancaran Aura Positif.
6) Memelihara diri dari serangan ilmu hitam & sihir.
7) Membantu pesakit yg mengalami gangguan makhluk halus.

Setelah melalui proses pembuatannya di Laboratorium Sains Aufaq, CINCIN AL-JABBAR (KHOTAM SULAIMAN AS) akan melalui proses paling penting iaitu melibatkan penyelarasan kekuatannya melalui daya pengisian Teknologi Rohani dengan riyadhah yang khusus oleh ahlinya. Maka inilah pembatas yang ketara besar menjadikan CINCIN AL-JABBAR (KHOTAM SULAIMAN AS) keluaran kami berbeza dengan produk yang lain.

Maka harus DIINGAT & JANGAN TERTIPU...
Produk Hikmah tidak boleh diukur pada bentuk zahirnya kerana ia dapat ditiru & dicetak sebanyaknya oleh sesiapapun dengan mudah. Maka terjadilah hari ini banyak produk palsu yg tersebar & dijual dengan harga yg jauh lebih murah kerana ianya tidak ada isi (energi) sama sekali (kosong). Ramai orang tertipu pada bentuk dan rupa. Kerana itu, maka dapatkanlah produk dari ahlinya yg terpercaya & bertanggungjawab.

MAHAR :
(SOLD OUT)

teknologirohani@gmail.com

PERINGATAN :
CINCIN AL-JABBAR (KHOTAM SULAIMAN AS) ADLAH SALAH SATU DARI BENTUK DOA DAN IKHTIAR KEPADA ALLAH. SEGALA MANFAAT YANG DIPEROLEHI ADALAH DENGAN IZINNYA.